Penglibatan dalam perlumbaan motosikal Modenas

Pada Mac 2008, Modenas telah membentuk satu pasukan baru iaitu Modenas Yuzi Pachi Racing Team dalam siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta. Modenas selaku pengeluar motosikal nasional telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Shahrul Yuzi Motosports Sdn Bhd, dan PACHI Motorsports. Penglibatan MODENAS dalam siri perlumbaan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan motosikal 4 lejang Modenas.Pasukan ini akan menggunakan motosikal KRISS 110, yang pernah digunakan dalam siri kejuaraan pada dua tahun lepas dan KRISS 120, motosikal berkuasa 120cc yang pertama di Malaysia yang telah dilancarkan oleh MODENAS pada bulan Ogos 2007.

Modenas juga telah membentuk pasukan kilang sendiri pada April 2005 serta menaja beberapa pasukan yang menggunakan mesinnya dalan kejuaraan Malaysian Cub Prix, sebuah kejuaraan perlumbaan motosikal kapcai untuk berentap dengan mesin-mesin Yamaha dan Suzuki. Kesemua pasukan menggunakan Modenas Kriss untuk kategori Wira dan Modenas Dinamik untuk kategori Expert.

Modenas juga pernah menyertai perlumbaan Grand Prix Motosikal melalui pasukan Modenas KR sebelum diambil alih oleh PROTON pada tahun 2001. Modenas membina motosikal 500 cc 3 silinder 2 lejang untuk pasukan tersebut.